NADI x Tiny Techies: Inovasi Robotik Siri 1

24 April 2026 | Aktiviti Terkini

23 April 2026 – Program NADI x Tiny Techies: Inovasi Robotik Siri 1 telah berjaya dilaksanakan pada 23 April 2026 dengan penyertaan seramai 4 orang peserta dari komuniti setempat NADI Felda Sungai Lui.

Program ini memberi pendedahan awal kepada peserta mengenai teori inovasi, merangkumi asas litar elektronik serta konsep pembangunan inovasi dalam bidang robotik. Selain itu, peserta turut mengikuti sesi praktikal inovasi secara maya, yang membolehkan mereka memahami aplikasi sebenar melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan berteknologi.

Inisiatif ini selaras dengan usaha NADI Felda Sungai Lui dalam memperkukuh literasi digital dan memupuk minat generasi muda terhadap bidang Sains,Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), khususnya dalam aspek inovasi dan robotik.

Diharapkan program seperti ini dapat melahirkan lebih ramai individu yang kreatif, inovatif dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran era digital.

Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan:

Kembali Ke Atas

kembali